Saturday 12 April 2014

5 TIPS PSIKOLOGI UNTUK BERJAYA DALAM PERNIAGAAN

23JUL/110

Ini merupakan 5 Tips Psikologi Untuk Berjaya Dalam Perniagaan berpandukan kepada Prinsip 'law of attraction' iaitu apa yang anda selalu fikirkan di minda anda akan menarik perkara tersebut datang kepada diri anda. Berikut diberikan 5 cara untuk menggunakan kaedah psikologi untuk berjaya di dalam bisnes anda.

1.Gunakan affirmations untuk memprogram semula minda separa sedar anda, kerana minda separa sedar anda selalu dipenuhi dengan fikiran-fikiran yang negatif.

Tak percaya? lihat contoh ini..
anda kata "aku mahu isteri yang cantik" tetapi tidak lama kemudian anda akan mendengar pernyataan negatif ini di minda anda "aku tak hensem, mana layak..".JIka minda anda sentiasa negatif , anda akan menarik perkara-perkara negatif datang kepada diri anda. Jadi setiap kali fikiran-fikiran negatif muncul di fikiran anda, gunakan affirmation untuk meneutralkannya. Contohnya "aku selalu gagal dalam bisnes internet" gunakan affirmations seperti berikut "aku semakin hampir mencapai target aku, kerana setiap kegagalan membawa aku semakin hampir kepada kejayaan"

2. Untuk mengubah cara berfikir anda , ia memerlukan masa antara 20 hingga ke 30 hari.

Setiap hari sebelum tidur cakapkan kepada diri anda sendiri pernyataan ini "aku adalah orang yang gembira, aku selalu memikirkan perkara yang elok dan seronok. Aku kini seorang usahawan internet yang berjaya, aku kini seorang jutawan" ulanginya 100 kali setiap hari sebelum tidur. Tak usah malu jika apa yang anda katakan ini jauh dari realiti anda sekarang kerana anda hanya mengucapkannya kepada diri anda sendiri. Lakukan perkara ini setiap hari,perlahan-lahan cara berfikir anda yang negatif akan ditukarkan kepada yang positif.

3. Anda mempunyai banyak pilihan di dalam hidup anda, semuanya bergantung kepada anda.

Jika anda mahu menjadi kaya, anda harus berfikir tentang kekayaan setiap masa, jika anda mahu menjadi sihat, anda harus sentiasa berfikir tentang betapa sihatnya diri anda, jika anda mahu menjadi miskin, fikirkan tentang kemiskinan selalu.

4. Nikmati setiap minit dalam hidup anda.

Orang yang negatif melihat gelas itu separuh kosong, tapi bagi orang yang berjaya mereka melihat gelas itu separuh penuh. Apabila anda mempunyai masa, katakan perkara ini kepada diri anda "aku seorang yang sihat, aku seorang yang gembira, aku seorang yang kaya, aku seorang yang berjaya, aku sayangkan diri aku sendiri.Aku seorang yang tenang, dan aku selalu membuat orang lain gembira, aku seorang yang baik hati."

5. Selalulah membaca buku-buku motivasi dan autobiografi orang-orang yang berjaya.

Kelilingi diri anda dengan orang yang berjaya . Jika anda mengikut langkah-langkah ini dalam masa 2 tahun berikutnya, anda akan menjadi orang yang berbeza, anda akan berfikir dengan berbeza, anda akan mempunyai pengetahuan yang berbeza, anda akan menghormati orang lain, anda akan mendapatkan lebih banyak wang, dan lebih dari itu anda akan dapat kesihatan yang baik.

6 CARA UNTUK ANDA MEMBINA KEKAYAAN

Terdapat 6 cara untuk anda membina kekayaan iaitu:

Anda lahir ke dunia dan melihat wajah ibu anda adalah ratu Elizabeth.
Jangan salah faham, ini hanya contoh. Kalau seseorang itu lahir-lahir sahaja dan ibu dia adalah sekaya ratu Elizabeth, maka peluang dia untuk jadi kaya mungkin lebih tinggi bukan? Tapi berapa ramai di sini yang ada peluang untuk jadi kaya cara begini. Dalam 100 orang, mungkin 5 orang sahaja yang menjadi kaya kerana keturunan.

Cuba anda fikirkan sejenak. Apakah pekerjaan mereka yang tersenarai di Forbes Magazine sebagai manusia yang kaya dan berjaya? 74% daripada mereka yang berjaya dan kaya adalah mereka yang menjalankan perniagaan.
Pernah dengar tentang hadith nabi yang menyebut 9/10 daripada sumber rezeki adalah hasil daripada perniagaan? Ramai yang pernah mendengar hadith tersebut, malah ada sesetengah ustaz yang dok mengajar hadith ini tetapi mereka sendiri tidak mempraktikkan apa yang disarankan oleh nabi s.a.w iaitu berniaga. Zaman hari ini kita perlu bertindak pantas. Jangan risau tentang hal orang lain tetapi fokus untuk memperbaiki diri kita sendiri.
Dapatkan ilmu dari mentor yang telah terbukti berjaya dalam perniagaan dan pelajari sistem yang digunakan kemudian bertindak untuk membina perniagaan anda sendiri. Lihatlah contoh perniagaan yang berjaya seperti kedai pakaian JAKEL milik usahawan bumiputra yang berjaya. Bermula hampir 30 tahun dahulu dan hari ini terus berkembang mempunyai banyak cawangan.
Kita perlu bangga dengan kejayaan tersebut, sokong kejayaan tersebut dan mencontohi kejayaan tersebut. Bukan bila tengok mereka berjaya dan mulalah keluar macam-macam kata-kata berbaur busuk hati dan dengki melihat kejayaan tersebut. Jika anda pernah ke Jakel, anda akan terperanjat dengan cara mereka melayan pelanggan yang sangat peramah walaupun anda bukan selebriti atau dikenali. Itulah antara perkara yang usahawan perlu contohi. Belum kira lagi lihat betapa seronoknya mereka adik-beradik, ipar duai yang boleh kembangkan perniagaan mereka masing-masing bersama-sama.
Mungkin ada “biawak” yang cakap, “Eleh, masalah dalaman mana kau tahu?”. Point saya ialah apa yang baik kita ambil tauladan. Yang pergi fokus dekat masalah tu buat apa? Bila kita terlampau sibuk cari masalah orang lain, kita akan terlupa yang kita ni mungkin berlambak masalah.
Point saya di sini, keusahawanan adalah platform yang bagus untuk membina kekayaan dan kejayaan tetapi anda perlu bersedia untuk sentiasa belajar memperbaiki diri dan skil anda. Kuasai ilmu pemasaran kerana pemasaran adalah kunci kejayaan dan kekayaan keusahawanan.

Adakah anda tahu bahawa 10% daripada mereka yang berjaya membina kekayaan adalah dengan cara sanggup bekerja keras, berusaha dan menjadi aset kepada syarikat-syarikat. Mereka berkhidmat di syarikat-syarikat yang pada asalnya kecil kemudian selepas beberapa tahun menjadi syarikat yang besar, maka mereka yang bekerja keras ini diberikan ganjaran saham syarikat apabila syarikat tersebut diapungkan ke bursa saham. Ramai juga yang menjadi jutawan dengan cara begini.

Ramai juga yang berjaya membina kekayaan dan kejayaan dengan menjadi professional ataupun pakar di dalam sesuatu bidang. Contohnya seperti doktor, doktor gigi, peguam, arkitek, jurutera dan lain-lain lagi yang sangat berpengalaman dan pakar dalam jurusan mereka. Mereka adalah orang yang berusaha keras untuk mendapatkan kelayakan akademik dan sanggup bekerja keras untuk membina pengalaman serta kepakaran mereka. Ramai yang mendapat pendapatan yang tinggi dan tahu uruskan kewangan mereka untuk pelaburan dan pendapatan pasif.

Salah satu cara untuk membina kekayaan adalah terlibat di dalam sales atau bidang jualan dan pemasaran. Ramai yang menjadi jutawan dengan bermula daripada “sales”. Malah terlibat di dalam sales atau bidang jualan adalah antara cara yang mudah dan ramai daripada mereka yang berjaya serta kaya dengan cara ini mungkin tidak mempunyai kelulusan akademik yang melangit tetapi pendapatan mereka mungkin lebih banyak sebulan dibandingkan dengan pendapatan setahun seorang professor yang mengajar tentang teori jualan dan pemasaran tetapi tidak pernah jual atau pasarkan walau sebatang pen pun.
Orang yang mahu berjaya dalam bidang sales atau jualan ini, mereka perlu bersedia untuk bekerja keras, sanggup belajar dan perlu tahu uruskan kewangan dan belajar untuk melaburkan duit mereka serta bijak menguruskan kewangan supaya ianya tidak “lebur”.

Hanya 1% daripada mereka yang kaya dan berjaya adalah mereka yang kaya menggunakan cara ini. Mereka adalah yang berjaya membina kekayaan melalui saham, ciptaan terbaru atau terkini, teknologi, industri hiburan, penulisan buku dan lagu, menang loteri atau apa-apa cara yang banyak memerlukan usaha tetapi banyak bergantung kepada bakat atau nasib. Malangnya, kumpulan inilah yang selalu diwar-warkan atau mendapat publisiti sedangkan sebenarnya cara untuk kaya dengan kaedah ini adalah tidak mustahil tetapi agak susah. Dan malangnya lagi di Malaysia ini, anak bangsa kita banyak ditonjolkan tentang kononnya betapa mudah untuk berjaya hanya dengan menjadi artis. Tetapi sebenarnya tidak, apapun bidang yang diceburi. Seseorang itu perlu bersedia untuk belajar mendapatkan ilmu, mentor, sistem serta sanggup berusaha bertindak pantas.

Rahsia Kejayaan Usahawan MLM/ Network Marketing

Anda perlu sedar bahawa berniaga dalam perniagaan jualan langsung ini hampir sama dengan gambaran piramid terbalik dan menegak.Piramid menegak mewakili kerja anda sementara piramid terbalik  mewakili hasil usaha anda. Apabila anda bermula (lihat dasar/tapak piramid menegak), banyak masa yang terpaksa anda korbankan, tetapi hasilnya amat sedikit. Lama-kelamaan, dengan kesabaran, anda naik sedikit demi sedikit. Apabila anda berada di atas/puncak, semakin sedikit kerja anda, tetapi hasil usaha anda adalah besar.
Oleh itu, anda jangan terlalu excited untuk berjaya dengan cepat. Jika anda terlalu excited, akhirnya anda akan kecewa dan terus enggan  melakukan perniagaan ini. Anda perlu bersabar. Berusahalah perlahan-lahan. Tawakkal. Lambat-laun anda akan sampai ke puncak juga.
Berikut adalah beberapa rahsia kejayaan usahawan-usahawan MLM yang saya kutip.
a.        Bergaul dengan segenap lapisan masyarakat. Dari celah-celah lumpur itu mungkin ada permata berharga.
b.        Bekerjasama sesama ahli kumpulan. Lakukan perniagaan ini bersama dengan pasangan anda. Kerja berdua akan lebih mendatangkan hasil mutlak. Berilah tunjuk ajar anda dengan ikhlas. Jangan tanya diri anda berapakah hasil yang akan saya dapati dengan menolongnya. Tanyalah, berapakah hasil yang akan downline saya peroleh kalau saya membantunya. Downline anda berjaya, anda juga akan berjaya.
c.         Sediakan strategi anda yang berbentuk sistem yang akan menjadi panduan dan amalan kumpulan anda.
d.        Buat perancangan anda dan mestilah anda komited dengan perancangan anda itu.
e.        Jangan abaikan downline anda. Setiap permohonan bantuan daripada mereka walaupun generasi di bawah perlu anda penuhi.
f.         Anggap perniagaan ini sebagai peperangan. Anda tidak boleh tewas/gagal. Jika tewas/gagal, berakhirlah riwayat hidup anda. Dengan ini anda akan bermati-matian mempertahankan perniagaan ini.
g.        Luangkan sedikit masa anda untuk memikirkan idea kreatif yang dapat menjayakan perniagaan anda.
h.        Sentiasalah anda merendah diri walaupun anda telah berjaya. Sikap ini akan menyebabkan sesiapa pun tidak berasa rendah diri apabila bergaul dengan anda.
i.          Sentiasalah anda memberikan keyakinan kepada downline anda bahawa mereka pasti, lambat atau cepat, mengecapi kejayaan.
j.          Sentiasa berkata kepada diri sendiri : Aku berniaga kerana mengejar kepuasan, bukannya wang. Jika anda puas, wang akan datang bergolek.
k.         Mesti sanggup menentang arus. Orang tak buat cara ini, anda buat. Jika orang lain tidak buat, anda buat, anda akan berjaya.
l.          Mesti sanggup belajar dan diajar oleh sesiapa sahaja meskipun daripada downline sendiri. Walaupun anda sudah berjaya, anggapkan sahaja anda belum berjaya. Dengan ini, anda akan sentiasa berusaha.
m.       Sentiasa turun ke bawah. Jangan hanya melihat dari atas walaupun anda telah berjaya.
n.        Beri motivasi kepada diri sendiri. Berikan hadiah kepada diri anda apabila anda berjaya melakukan sesuatu. Hadiah itu mungkin berupa tidur seketika untuk merehatkan otak anda.
o.        Sekali anda melakukan perniagaan ini, anda mesti melakukannya setiap hari. Jangan dibiarkan ada hari anda tidak melakukannya kerana dikhuatiri semangat anda akan luntur.
p.        Jangan berprasangka buruk kepada orang lain. Yang zahir tidak semestinya mencerminkan yang batin.
q.        Cakap mesti serupa bikin. Jangan menyuruh downline melakukan sesuatu tetapi anda buatlah dahulu sebelum downline anda mencontohinya.
r.         Sentiasa setia pada syarikat. Sifat kanggaroo tidak ada dalam resipi kejayaan usahawan MLM.
s.         Sentiasa riang kerana keriangan akan meredakan ketegangan.
t.         Anggapkan bahawa melakukan perniagaan sebagai ibadah.
u.        Jangan anggap perniagaan jualan langsung ini sebagai cuba-cuba atau main-main sahaja. Anggapkan perniagaan ini sebagai penentu hidup dan mati anda.
v.         Berikan kail kepada yang memerlukannya, jangan berikan ikan. Biasanya, apabila anda sudah berjaya, banyaklah orang yang mendekati anda semata-mata kerana wang. Jangan berikan wang kepada mereka, berilah starter-kit.
w.        Jangan berasa rendah diri walaupun anda berhadapan dengan taikun perniagaan. Jika pun mereka tidak berhasrat menjadi downline anda,  mereka mungkin menjadi pelanggan tetap anda yang berpotensi.
x.         Sentiasa mencari ilmu/pengetahuan baru terutamanya yang berkaitan dengan perniagaan jualan langsung sama ada daripada pergaulan, bahan bacaan, atau daripada teknologi maklumat.
Apabila Sudah Di Puncak,  Jangan Lupa Rumput Di Bumi

CIRI USAHAWAN BERJAYA


1. Keperluan Untuk Kejayaan

Usahawan sentiasa mempunyai keperluan untuk berjaya dengan cemerlang dalam hidup. Dia sedar hidup yang berjaya adalah hidup yang bermakna.

2. Hasrat untuk Menerima Hasrat

Seseorang usahawan adalah pengejar risiko. Namun, risiko yang dipilihnya adalah yang sederhana. Dia sukakan cabaran dan kejayaannya mengatasi cabaran akan memberi kepuasan kepadanya.

3. Bebas dari Aspek Fikiran dan Tindakan

Usahawan tidak menjadikan dirinya terkongkong oleh perkara yang akan mem¬bantutkan cita-citanya. Dia merancang dan melakukan sendiri apa yang sebaik-baiknya patut dilakukan.

4. Menyelesaikan Masalah

Seseorang usahawan akan cuba menyelesaikan masalah dengan cepat dan sebaik mungkin. Dia tidak membiarkan masalah itu bertimbun-timbun hingga gagal diselesaikan. Dia mengambil masalah dan memecahkannya kepada masalah kecil, kemudian menyelesaikannya satu persatu.

5. Sering Mengharapkan Masa Depan yang Baik

Usahawan sentiasa mempunyai harapan yang positif mengenai masa depannya. Dia sering berfikir bahawa jika berusaha bersungguh-sungguh dia akan beroleh kejayaan.

6. Mencari Persekitaran yang Menarik

Untuk menjamin bahawa dia tidak terpengaruh oleh gejala negatif, usahawan mencari persekitaran yang baik dan dapat membantunya menjayakan cita-citanya.

7. Keupayaan Mempraktikkan Sesuatu

Satu formula terpenting bagi seseorang usahawan ialah buat apa yang dirancang. Dia tidak hanya mempunyai banyak idea, tetapi berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan ideanya satu kenyataan.

8. Tampuk Kawalan

Seorang usahawan adalah seorang ketua yang berwibawa dalam organisasi perniagaannya. Dia sedar mengenai kepentingan pengurusan manusia dan da¬pat mengurus pekerjaannya dengan baik. Dia disukai serta dihormati pekerjanya dan mereka bekerja dengan bersemangat penuh kesetiaan. Dia berkebolehan untuk mengawal perniagaannya dengan teratur dan memastikannya berjalan lancar serta memperoleh keuntungan.

9. Kepercayaan Timbal Balik denag Orang Lain

Asas bagi perniagaan ialah saling mempercayai. Seseorang usahawan perlu percaya kepada kebolehan pekerjanya, percaya kepada pembekalnya serta pembelinya. Namun, dia harus menangani perkara ini dengan penuh kebijaksanaan.

10. Keyakinan Terhadap Kebolehan Dirinya sebagai Usahawan

Ini sifat yang amat penting. Keyakinanlah yang menyebabkan seseorang usahawan menjadi berani menempuh risiko dan dugaan. Bersama keyakinan inilah dia mampu bergerak maju walaupun dengan bantuan yang sedikit atau tiada bantuan langsung.

11. Kesediaan Menerima Tanggungjawab

Usahawan itu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Jika dia membuat kesilapan, dia akan bertanggungjawab terhadap kesilapannya itu dan menjadikannya pengajaran serta bertekad tidak mahu mengulanginya lagi pada masa akan datang.

12. Keupayaan Mencuri Peluang

Usahawan bijak mengenal pasti peluang. Dia sentiasa berkesempatan mengaut keuntungan atau peluang baru bagi memajukan perniagaannya. Keupayaan mengenal pasti peluang, merebut dan melaksanakannya adalah kualiti penting seseorang usahawan berjaya.

13. Mempunyai Cita-cita Lebih Tinggi

Kebiasaannya manusia akan berhenti di zon selesa dan tidak lagi memasang cita-cita untuk lebih maju. Usahawan berjaya sentiasa menetapkan matlamat yang lebih tinggi apabila cita-citanya selama ini telah dicapai.

14. Konsep Diri yang Positif

Seorang usahawan berfikir secara positif. Dengan cara ini dia berkebolehan melihat sesuatu masalah sebagai peluang, berbeza daripada ramai insan yang menganggap peluang sebagai masalah.

15. Kepimpinan

Usahawan adalah pemimpin. Mereka bijak dalam menyusun strategi pengaruhnya. Dengan pengaruh, dia mampu mendapatkan lebih banyak peluang yang menguntungkan dalam masa singkat. Seorang usahawan perlu ada daya pengaruh bagi membolehkannya berjaya dalam urus niaga dan mengatur urusan pekerjanya.

16. Kuat Berusaha

Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya.

17. Pandai Membuat Keputusan

Usahawan pandai membuat keputuan yang bijak untuk membolehkan pernia¬gaan berjalan lancar dan meminimumkan masalah yang bakal timbul. Selain pengetahuan, mereka menggunakan gerak hati.
" Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya."

Thursday 10 April 2014

Mohd. Khairi Othman


Mohd. Khairi Bin Othman Bersama Isteri



Aktiviti Harian Usahawan

LATAR BELAKANG USAHAWAN
"Kecacatan bukan halangan jadi usahawan!"

Hati ibu bapa mana yang tidak remuk apabila melihat anak yang lahir ke dunia tidak mempunyai sepasang tangan dan kaki sempurna seperti anak lain. 


             Bagi pasangan Othman Ali, 75, dan Juliah Ismail, 71, dari Kampung Tanjong Pulai, Pekan, itulah hakikat yang perlu ditempuhi mereka sepanjang 31 tahun lepas dikurniakan seorang anak kurang upaya (OKU), Mohd. Khairi yang hanya mempunyai tangan sehingga paras siku dan kaki di paras lutut. Walaupun tidak sempurna seperti insan lain, Mohd. Khairi tidak pernah dididik menangisi akan kekurangannya itu. Hari ini, ibu bapa Mohd. Khairi mampu tersenyum bangga melihat anaknya itu bukan hanya mampu berdikari malah menjadi usahawan akuakultur, satu bidang yang melibatkan banyak aktiviti fizikal. Tambahan lagi, beliau juga telah dipertemukan jodoh dan mendirikan rumah tangga bersama dengan Zaleha Binti Mohd Nafis, 35, yang merupakan ibu tunggal kepada 3 orang anak. Jodoh yang dimiliki dapat memudahkan pengurusan kehidupan seharian beliau.


PERMULAAN KERJAYA USAHAWAN           

             Semuanya bermula pada lapan tahun lepas, apabila Mohd. Khairi dipujuk sepupunya, Abdul Rashid Nordin agar menternak ikan dalam sangkar di tepi Sungai Pahang. Memandangkan beliau, yang memang gemarkan aktiviti memancing, kemudian bersetuju dan meminjam sebuah sangkar daripada sepupunya itu untuk menternak ikan talapia. Berkat usaha gigihnya tanpa mengenal jemu, pada hari ini Mohd. Khairi berjaya memiliki 17 sangkar dengan ternakan ikan talapia dan patin hasil usaha gigihnya selama ini.
Beliau berkata, antara 600 dan 700 kilogram ikan bernilai kira-kira RM4,000 dapat dijual di pasar sekitar Pekan pada setiap pusingan hasil iaitu lima bulan sekali. Mungkin pendapatan yang puratanya kira-kira RM800 sebulan itu tidak berskala besar, namun bagi insan istimewa seperti Mohd. Khairi, ia cukup bermakna dalam membantu kehidupannya sekeluarga.

           Rutinnya, Mohd. Khairi akan berkerusi roda dari rumahnya sebelum menuruni anak tangga ke sangkar ikan menggunakan kedua-dua lengan dan pehanya. Beliau kemudian memberi makan ikan dengan mengepit bekas berisi makanan ikan (palet), malah kadangkala mengangkat sendiri guni berisi makanan itu ke setiap sangkar ikan. Beliau juga terpaksa membersih kawasan sangkar daripada sampah sarap yang hanyut ke kawasan sangkar bagi mengelak ikan ternakannya mati. Aktiviti itu dilakukannya setiap pagi dan petang. “Dengan keadaan fizikal macam ini, memang banyak cabaran perlu ditempuhi tetapi beliau sudah biasa sejak kecil. Bagaimanapun, menurut Mohd Khairi, pada setiap pusingan hasil, beliau akan dibantu beberapa saudara dan rakannya untuk mengeluarkan ternakan ikan berkenaan untuk jualan.

          Seorang lagi pemuda OKU, Mohamed Mahidin, 38, dari Kampung Kiambang, Ganchong di sini juga tidak menjadikan kecacatan sebagai halangan untuk menjadi penternak ikan sangkar yang berjaya. Bekas pemenang pingat perak acara lompat tinggi pada kejohanan Sukan Paralimpik Asia 1998 di Bangkok, Thailand, itu kini berjaya mengusahakan 18 sangkar ikan talapia dan patin. Beliau yang mengalami kecacatan di kaki kanan, berkata, penglibatannya dalam bidang akuakultur sejak enam tahun lepas membawa pulangan antara RM1,000 dan RM1,500 sebulan. Katanya, hasil ternakan tersebut mendapat permintaan tinggi daripada pengguna terutama di pasar besar Kuantan.

             Ditanya kesukaran yang dihadapinya bagi menjayakan projek itu, Mohamed berkata, beliau akan sedaya upaya berusaha mengatasi segala masalah. “Lagipun saya memang dibesarkan di kawasan kampung, sudah biasa bermain sungai," katanya. Namun, katanya, cabaran yang paling besar ialah setiap kali musim banjir yang memaksanya memberhentikan sementara aktiviti penternakan ikan. Kedua-dua pemuda berkenaan seperti usahawan lain, juga menyimpan hasrat memajukan perniagaan masing-masing. Dengan kerahan keringat bagi menjayakan perusahaan sangkar ikan tersebut, usaha Mohd. Khairi dan Mohamed telah mendapat perhatian Jabatan Perikanan .
          
       Pada 23 Oktober lepas, kedua-dua pemuda berkenaan telah menerima bantuan menerusi Skim Perkhidmatan Sokongan Akuakultur (SPeKs) yang disampaikan sendiri oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Akuakultur Jabatan Perikanan, Ismail Abu Hassan. Skim berkenaan bertujuan meringankan beban kewangan serta meningkatkan pendapatan pengusaha akuakultur melalui penyediaan infrastruktur dan kemudahan sokongan. Bagi Mohd. Khairi bantuan tersebut akan dapat mempertingkatkan pengeluaran hasil ternakannya pada masa akan datang. Penambahan sangkar ikan memerlukan modal yang besar dan bantuan ini pasti membantu," katanya.

             Bagi Mohamed, beliau bercadang mengembangkan aktiviti ternakan ikan sangkarnya kepada industri hiliran dengan menghasilkan produk sejuk beku, pekasam dan keropok. Katanya, melalui pemerhatian yang dilakukannya, kesemua produk berkenaan kini semakin diminati dan mendapat permintaan yang baik di pasaran seluruh negara. Sudah pasti lebih gundah-gulana apabila memikirkan masa depan dan kepayahan yang akan ditempuhi permata hati mereka pada hari-hari mendatang.

Hajah Faiza Bawumi Sayed Ahmad


Faiza Bawumi Sayed Ahmad



Syarikat Faiza Sdn. Bhd. 

LATAR BELAKANG USAHAWAN

"Saya ingin menjadi pembayar zakat terbesar di negara ini."

-Azam pemilik Syarikat Faiza Sdn.Bhd.

             Faiza Bawumi Sayed Ahmad adalah pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn. Bhd. pada tahun 1964, wanita kelahiran Mesir ini telah berhijrah ke Malaysia kerana mengikut suaminya.  Pada ketika itu, beliau mampu menguasai Bahasa Melayu dan fasih berbahasa Melayu setelah hanya tiga bulan di Malaysia kerana sifat beliau yang peramah dan suka bergaul dengan jiran jirannya. Meskipun  sudah berusia lingkungan 60an, beliau yang mempunyai tujuh orang anak dan juga seorang nenek kepada 32 cucu sibuk masih giat merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam pelbagai cabang perniagaan di negara ini. 

           Wanita yang berperwatakan lembut itu sebenarnya seorang yang tegas. Beliau mahu memastikan syarikat yang ditubuhkan perlu berada di landasan betul sekali gus mencatatkan keuntungan saban tahun. Puan Faiza yang memangnya dilahirkan dalam keluarga yang juga bergiat dalam perniagaan. Berkecimpung dalam bidang perniagaan sejak kecil, beliau pernah menjadi juruwang di kedai milik bapanya. Pengalaman tersebut mendorong beliau untuk bergiat secara serius dalam bidang perniagaan.


        Setelah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata yg pertama, beliau mengikut  suaminya berhijrah ke Malaysia. Puan Faiza mencari aktiviti berfaedah yg boleh dilakukannya bagi mengelakkan masanya terluang begitu sahaja. Beliau bermula dengan mengambil upah menjahit sulaman dengan modal RM 4.00 dan menjual pelbagai barangan dapur. Beliau juga membeli kain ela dan membuat baju gaun untuk anak-anak kecil jiran-jirannya. Kemudian beliau menghasilkan set sarung bantal. Hasil jahitannya yang cantik dan kemas dijual kepada kawan-kawannya. Seterusnya, beliau berniaga set ensiklopedia, diikuti bisnes pinggan mangkuk. Melalui bisnes kecil kecilan ini, beliau menabung wang bagi menjadikan modal bisnes seterusnya.


              Beliau berminat pula menghasilkan rempah kari. Beliau membeli pelbagai rempah ratus seperti ketumbar, jintan, halba, cili kering, cengkih dan sebagainya untuk membancuh ramuan-ramuan tersebut bagi menghasilkan rempah kari ikan dan daging di bawah jenama Bunga Raya. Semuanya dilakukan sendiri di rumah, daripada mencuci, menjemur dan menggoreng rempah ratus tersebut. Kemudian, beliau menghantarnya ke kedai bagi dikisar dan diedarkan.

PERMULAAN KEJAYA USAHAWAN



     Beberapa tahun kemudian, Puan Faiza membeli pula sebuah mesin pengisar dan membuka kedai runcit dengan modal daripada menjual rempah kari itu. Dari situ beliau mendapati bahawa pemborong beras kebanyakannya dibekalkan oleh kaum lain. Beliau mula belajar pelbagai jenis beras. Puan Faiza memohon lesen pemborong beras dan menjual pelbagai jenis beras termasuk ponni, basmathi, beras wangi serta beras Siam setelah mendapat maklumbalas positif atas usaha selidik beliau pergi dari satu kedai ke satu kedai bagi mendapatkan respon sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjualnya. Para pelanggan yang melanggan rempah-rempah beliau turut membeli beras daripadanya.


        Pada permulaan, beliau agak buntu melihat satu lori treler penuh berisi beras diletakkan di hadapan rumah, namun beliau nekad dengan berusaha membungkus menggunakan jenama Bunga Raya dan menghantar ke kedai-kedai di seluruh Johor. Perniagaan beliau mendapat sambutan walaupun mendapat persaingan yang agak sengit. Pada awal tahun 90an, syarikat telah mengambil peluang ke atas kepekaan masyarakat pada ketika itu kepada cara pembuatan dan kandungan makanan. Syarikat mula memperkenalkan dengan sejenis kategori beras berkualiti dari Kartanaka, India. Beras ini adalah jenis beras “Ponni”.  Menerusi produk berkualiti dan berkhasiat sesuai untuk pesakit seperti pesakit diabetis, SFSB memperkenalkan beras  “Ponni” ini ke seluruh Malaysia.

               Kini, syarikat beliau telah dikenali kerana kualiti produk yang tinggi, seratus peratus buatan Islam dan halal. Beliau berharap dengan penglibatan dalam penghasilan produk tersebut ia memberi pilihan kepada orang Islam untuk mendapatkan produk yang bermutu tinggi dan tanpa was-was meragui status halalnya.



        Puan Faiza bukan sahaja menjadi Pengarah Urusan Syarikat Faiza, tetapi turut bertungkus-lumus menentukan operasi syarikat berjalan lancar dan turut terlibat dalam projek kilang milik Syarikat Faiza bernilai RM14 juta di Sri Gading, Batu Pahat. Kejayaan beliau sekarang bukan diperolehi dengan mudah, tetapi setelah mengharungi segala cabaran selama 43 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan. Puan Faizah berkata semua usaha yang dilakukan itu bukanlah untuk mengumpulkan kekayaan sebaliknya untuk menjadi pembayar zakat terbesar di Malaysia sekali gus membantu lebih ramai orang yang susah. Puan Faiza menyarankan agar umat Islam di negara ini supaya hidup bersatu padu supaya tidak mudah ditindas oleh bangsa lain dan hubungan yang kukuh sesama umat Islam bukan sahaja mampu memajukan masyarakat Islam di negara ini, malah mampu meningkatkan kedudukan ekonomi masyarakat tersebut.


            Puan Faiza berkata pengalamannya berniaga, termasuk berurusan dengan bangsa lain membuka mindanya untuk menyedarkan masyarakat Islam khususnya orang Melayu betapa perlunya mengamalkan sikap tolong-menolong antara satu sama lain seperti yang diamalkan bangsa lain. Beliau sentiasa mencontohi keperibadian Nabi Muhammad S.A.W dalam menjalankan kehidupan seharian, terutama amanah dan gigihnya Baginda Rasullulah dalam menjalankan perniagaan serta dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai pemimpin.

"Niat saya hanya satu, iaitu tujuan saya berniaga bukan untuk kekayaan diri sendiri, tetapi untuk membantu orang lain terutama golongan miskin dan ibu tunggal menikmati kehidupan yang baik,

- Hajah Faiza Bawumi Sayed Ahmad