Saturday 12 April 2014

CIRI USAHAWAN BERJAYA


1. Keperluan Untuk Kejayaan

Usahawan sentiasa mempunyai keperluan untuk berjaya dengan cemerlang dalam hidup. Dia sedar hidup yang berjaya adalah hidup yang bermakna.

2. Hasrat untuk Menerima Hasrat

Seseorang usahawan adalah pengejar risiko. Namun, risiko yang dipilihnya adalah yang sederhana. Dia sukakan cabaran dan kejayaannya mengatasi cabaran akan memberi kepuasan kepadanya.

3. Bebas dari Aspek Fikiran dan Tindakan

Usahawan tidak menjadikan dirinya terkongkong oleh perkara yang akan mem¬bantutkan cita-citanya. Dia merancang dan melakukan sendiri apa yang sebaik-baiknya patut dilakukan.

4. Menyelesaikan Masalah

Seseorang usahawan akan cuba menyelesaikan masalah dengan cepat dan sebaik mungkin. Dia tidak membiarkan masalah itu bertimbun-timbun hingga gagal diselesaikan. Dia mengambil masalah dan memecahkannya kepada masalah kecil, kemudian menyelesaikannya satu persatu.

5. Sering Mengharapkan Masa Depan yang Baik

Usahawan sentiasa mempunyai harapan yang positif mengenai masa depannya. Dia sering berfikir bahawa jika berusaha bersungguh-sungguh dia akan beroleh kejayaan.

6. Mencari Persekitaran yang Menarik

Untuk menjamin bahawa dia tidak terpengaruh oleh gejala negatif, usahawan mencari persekitaran yang baik dan dapat membantunya menjayakan cita-citanya.

7. Keupayaan Mempraktikkan Sesuatu

Satu formula terpenting bagi seseorang usahawan ialah buat apa yang dirancang. Dia tidak hanya mempunyai banyak idea, tetapi berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadikan ideanya satu kenyataan.

8. Tampuk Kawalan

Seorang usahawan adalah seorang ketua yang berwibawa dalam organisasi perniagaannya. Dia sedar mengenai kepentingan pengurusan manusia dan da¬pat mengurus pekerjaannya dengan baik. Dia disukai serta dihormati pekerjanya dan mereka bekerja dengan bersemangat penuh kesetiaan. Dia berkebolehan untuk mengawal perniagaannya dengan teratur dan memastikannya berjalan lancar serta memperoleh keuntungan.

9. Kepercayaan Timbal Balik denag Orang Lain

Asas bagi perniagaan ialah saling mempercayai. Seseorang usahawan perlu percaya kepada kebolehan pekerjanya, percaya kepada pembekalnya serta pembelinya. Namun, dia harus menangani perkara ini dengan penuh kebijaksanaan.

10. Keyakinan Terhadap Kebolehan Dirinya sebagai Usahawan

Ini sifat yang amat penting. Keyakinanlah yang menyebabkan seseorang usahawan menjadi berani menempuh risiko dan dugaan. Bersama keyakinan inilah dia mampu bergerak maju walaupun dengan bantuan yang sedikit atau tiada bantuan langsung.

11. Kesediaan Menerima Tanggungjawab

Usahawan itu bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Jika dia membuat kesilapan, dia akan bertanggungjawab terhadap kesilapannya itu dan menjadikannya pengajaran serta bertekad tidak mahu mengulanginya lagi pada masa akan datang.

12. Keupayaan Mencuri Peluang

Usahawan bijak mengenal pasti peluang. Dia sentiasa berkesempatan mengaut keuntungan atau peluang baru bagi memajukan perniagaannya. Keupayaan mengenal pasti peluang, merebut dan melaksanakannya adalah kualiti penting seseorang usahawan berjaya.

13. Mempunyai Cita-cita Lebih Tinggi

Kebiasaannya manusia akan berhenti di zon selesa dan tidak lagi memasang cita-cita untuk lebih maju. Usahawan berjaya sentiasa menetapkan matlamat yang lebih tinggi apabila cita-citanya selama ini telah dicapai.

14. Konsep Diri yang Positif

Seorang usahawan berfikir secara positif. Dengan cara ini dia berkebolehan melihat sesuatu masalah sebagai peluang, berbeza daripada ramai insan yang menganggap peluang sebagai masalah.

15. Kepimpinan

Usahawan adalah pemimpin. Mereka bijak dalam menyusun strategi pengaruhnya. Dengan pengaruh, dia mampu mendapatkan lebih banyak peluang yang menguntungkan dalam masa singkat. Seorang usahawan perlu ada daya pengaruh bagi membolehkannya berjaya dalam urus niaga dan mengatur urusan pekerjanya.

16. Kuat Berusaha

Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya.

17. Pandai Membuat Keputusan

Usahawan pandai membuat keputuan yang bijak untuk membolehkan pernia¬gaan berjalan lancar dan meminimumkan masalah yang bakal timbul. Selain pengetahuan, mereka menggunakan gerak hati.
" Seseorang usahawan yang berjaya itu kuat bekerja. Dia sanggup melakukan kerja tanpa mengira masa. Ini dapat dilakukannya kerana dia sukakan kerjayanya."

No comments:

Post a Comment