Wednesday 9 April 2014

Dr.Irfan Khairi Noor Azmi


Dr.Irfan Khairi Noor Azmi


Keluarga Dr.Irfan Khairi Noor Azmi

LATAR BELAKANG USAHAWAN

Nama sebenar beliau ialah Noor Irfan Khairi Noor Azmi dilahirkan pada 17 Disember 1976.Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda Multimedia Design dari Staffordshire University, United Kingdom. Selepas mendapat ijazah, Irfan telah menerima tawaran bekerja di salah satu syarikat IT terbesar di Birmingham, Netmedia (UK) Ltd. Sebagai pereka cipta sistem multimedia dan perunding internet, beliau bertanggungjawab mereka cipta sistem pembelajaran Internet untuk sekolah-sekolah di United Kingdom yang dinamakan Learning Grid. Pada ketika ini, lebih dari 5,000 buah sekolah-sekolah di United Kingdom menggunakan sistem Learning Grid tersebut.

PERMULAAN KERJAYA USAHAWAN


          Minat dan latar belakangnya yang mendalam dalam bidang Internet dan perniagaan, beliau memulakan perniagaannya sendiri di Internet secara sambilan pada tahun 1999. Selepas mendapati pendapatan dari perniagaan Internet nya adalah berlipat kali ganda pendapatan bekerja 9pagi - 5petang , beliau mengambil keputusan untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan Internet miliknya selepas satu tahun beroperasi. Semenjak itu, Irfan Khairi hanya bekerja sepenuh masa dari rumah dengan hanya menggunakan laptop dan Internet. Dalam masa 3 tahun beroperasi, salah satu perniagaannya memperoleh untung bersih sebanyak RM1,000,000 – tanpa pekerja dan peralatan computer yang canggih. Modal permulaannya hanya RM500. Ketika itu, beliau hanya berusia 25 tahun. Atas inspirasi yang telah ditunjukkan, beliau telah menerima anugerah Young Innovation Award 2006 daripada Oxford Association of Management, United Kingdom. Ianya dianugerahkan atas usaha beliau dalam mendidik dan memberi inspirasi  sebagai generasi baru Malaysia dalam bidang Internet dan Kejayaan.

          Pakar perniagaan ini juga merupakan antara seorang speaker pakar, penulis buku terlaris dan personaliti TV/radio.selepas mendalami ilmu pembangunan diri dan menyelidik beribu insan dan perniagaan yang berjaya. Irfan telah menubuhkan Irfan khairi Sdn Bhd yang telah berjaya melahirkan beribu insan yang menjalankan hidup lebih bahagia dan kaya. Seorang jutawan yang berumur 25 tahun, Irfan Khairi percaya bahawa mindset adalh kunci dalam membina kekayaan dan telah membantu ramai menjadi bebas kewangan.

KEYAKINAN DIRI

“Momentum tidak semestinya berbentuk fizikal, tetapi juga mental. Teruskan momentum walaupun dalam kepala. Sekiranya ini terjadi, minda separuh sedar anda yang akan meneruskan momentum anda!”
 –Dr.Irfan Khairi

“Keyakinan diri adalah faktor utama dalam kejayaan.” 
– Dr. Irfan Khairi

        Mengorek rahsia tentang kejayaan Dr.Irfan Khairi, beliau menyebut bahawa keyakinan diri itu penting untuk berjaya. Takut gagal menjadi penyebab banyak masyarakat Melayu tidak sanggup melabur memajukan diri.Apabila disemak kembali, ia berpunca daripada kurangnya keyakinan diri.Terasa berada di belakang bangsa lain menyebabkan semangat menjadi luntur. Akhirnya mereka ‘give up’ atau ‘demotivated’ untuk ke hadapan.

       Bapa kepada Ilhan Abadi ini menambah, keyakinan diri itu berada dalam diri sendiri. Banyakkan berkata, "Kita boleh buat!". Ungkapkan berkali-kali  di  samping doa  yang  tidak putus. Dari situ, dapat memupuk dalam diri bahawa kita boleh lakukannya. Di samping itu, perlu diingat bahawa Allah dan orang sekeliling ada untuk membantu kita menggapai kejayaan. Hasilnya, daripada tidak boleh lakukan, kita pasti boleh!

           Pengkagum  Amy (Search) ini turut menyebut bahawa untuk berjaya, perlu ada minat dan dilakukan bersungguh-sungguh. Angan-angan Mat  Jenin akan datang apabila melakukan sesuatu tanpa minat. Semangat mungkin hadir pada awalnya tetapi luntur apabila tidak mencapai matlamat. Pernah mendapat hanya tiga orang pelanggan pada tahun pertama perniagaan internetnya, Irfan tidak pernah kenal erti putus asa. Mengapa? Kerana minat  yang  mendalam. Melihat kelemahan dari sudut promosi dan pemfokusan, Irfan terus mengorak langkah membaiki kesilapan dengan mengatur strategi  yang sepatutnya.


KEUPAYAAN MEMPENGARUHI ORANG LAIN

        Irfan Khairi merupakan usahawan muda yang telah menempa  nama di persada negara dalam perniagaan berasaskan internet. Antara kisah yang membuatkan orang kenal dengan beliau sehingga ke hari ini ialah Azizi Ali yang merupakan ahli perniagaan terkemuka tanah air. Pada mulanya Azizi Ali menjadi pelanggan beliau. Azizi Ali membuat pesanan di laman webnya yang menjual perkhidmatan reka bentuk logo. Beliau telah mendapat tempahan daripada ahli perniagaan terkemuka tersebut untuk membuat logo. Apabila melihat butiran pembayaran menggunakan kad kredit, Irfan memerhatikan nama butiran kad kredit itu seumpama nama orang Melayu. Jadi Irfan mengkaji alamatnya dan mendapati Azizi Ali merupakan orang Malaysia. Waktu itu Irfan merasakan seperti sudah sinonim nama itu dengan bidang perniagaan. Irfan terus membuat reka bentuk logo untuk Azizi Ali. Kemudian beliau baru teringat yang telah ada dalam bahan bacaannya buku yang ditulis oleh Azizi Ali. Irfan terus mengambil buku itu dan beliau dapati alamat buku itu sama dengan alamat yang tertera dalam butiran kad kredit tersebut. Rupa-rupanya Azizi Ali merupakan jutawan hartanah yang terkenal.

        Apabila logo telah Irfan siapkan, beliau berinteraksi melalui e-mel dengan Azizi dalam Bahasa Inggeris. Azizi Ali tidak tahu pun bahawa Irfan Khairi ini adalah orang Melayu. Azizi Ali akhirnya berpuas hati dengan logo yang Irfan lakukan melalui testimoni yang dihantar. Jutawan tanah ini  mencadangkan kepada Irfan  kenapa tidak beliau mengeluarkan buku tentang perniagaan internet. Jadi, Irfan  terima sahaja cadangan jutawan itu. Irfan menulis sebuah buku dan Azizi Ali merupakan penerbit buku itu. Dari beribu-ribu batu jauh jaraknya, Irfan boleh bertemu dengan Azizi Ali yang menjadi titik tolak baginya untuk bergelar usahawan internet. Menurut sumber, hasil cadangan Azizi Ali yang merupakan seorang pakar kewangan tempatan itulah menyebabkan buku “Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar” ditulis manakala Azizi Ali menjadidi penerbit buku berkenaan melalui syarikatnya, Truwealth Sendirian Berhad.


           Selain buku, Irfan juga memperluaskan pengaruhnya dengan mengadakan bengkel-bengkel seminar pada setiap bulan. Beliau juga turut menganjurkan bengkel serta seminar yang berkaitan dengan perniagaan internet. Kini, Irfan bukan sahaja mengajar subjek perniagaan internet pada bengkel yang di kendalikan nya, malah turut mendapat tawaran memberi ceramah ke seluruh pelusuk tanah air termasuk di Institut Pengajian Awam serta Swasta. Begitulah sedikit sebanyak kisah kejayaan usahawan muda ini dalam perniagaan internet. Bercakap mengenai rahsia kejayaan, Irfan mengambil contoh individu yang paling kaya di dunia ini yang turut menjadi idolanya iaitu Bill Gate. Irfan mendapati, mereka yang berjaya kerana mereka melakukan perkara yang disukai. Contohnya Bill Gates, ‘Dari awal hingga menjadi kaya, beliau buat perkara yang diminatinya iaitu pengaturcaraan (programing). Irfan Khairi menjadi kaya kerana membuat perkara yang diminatinya. Irfan juga selalu menyarankan kepada peserta bengkel kendaliannya supaya buat perkara yang mereka minat, jangan terikut-ikut dengan industri yang mereka sendiri tidak tahu keadaannya. “Kalau hendak mencapai kejayaan sebenarnya industri apa-apa pun boleh tetapi yang paling penting, kita minat,” jelas Irfan Khairi.

No comments:

Post a Comment