Mohd. Khairi Bin Othman Bersama Isteri
Aktiviti Harian Usahawan
LATAR BELAKANG USAHAWAN
"Kecacatan bukan halangan jadi usahawan!"
Hati ibu bapa mana yang tidak remuk
apabila melihat anak yang lahir ke dunia tidak mempunyai sepasang tangan dan
kaki sempurna seperti anak lain.
Bagi pasangan Othman Ali, 75, dan Juliah Ismail, 71, dari Kampung Tanjong
Pulai, Pekan, itulah hakikat yang perlu ditempuhi mereka sepanjang 31 tahun
lepas dikurniakan seorang anak kurang upaya (OKU), Mohd. Khairi yang
hanya mempunyai tangan sehingga paras siku dan kaki di paras lutut. Walaupun tidak sempurna seperti insan lain, Mohd. Khairi tidak pernah dididik
menangisi akan kekurangannya itu. Hari ini, ibu bapa Mohd. Khairi mampu tersenyum bangga melihat anaknya itu
bukan hanya mampu berdikari malah menjadi usahawan akuakultur, satu bidang yang
melibatkan banyak aktiviti fizikal. Tambahan lagi, beliau juga telah dipertemukan jodoh dan mendirikan rumah tangga bersama dengan Zaleha Binti Mohd Nafis, 35, yang merupakan ibu tunggal kepada 3 orang anak. Jodoh yang dimiliki dapat memudahkan pengurusan kehidupan seharian beliau.
PERMULAAN KERJAYA USAHAWAN
Semuanya bermula pada lapan tahun lepas, apabila Mohd. Khairi dipujuk
sepupunya, Abdul Rashid Nordin agar menternak ikan dalam sangkar di tepi Sungai Pahang. Memandangkan beliau, yang memang gemarkan aktiviti memancing, kemudian bersetuju dan
meminjam sebuah sangkar daripada sepupunya itu untuk menternak ikan talapia. Berkat usaha gigihnya tanpa mengenal jemu, pada hari ini Mohd. Khairi berjaya
memiliki 17 sangkar dengan ternakan ikan talapia dan patin hasil usaha gigihnya
selama ini.
Beliau berkata, antara 600 dan 700 kilogram ikan bernilai kira-kira RM4,000
dapat dijual di pasar sekitar Pekan pada setiap pusingan hasil iaitu lima bulan
sekali. Mungkin pendapatan yang puratanya kira-kira RM800 sebulan itu tidak berskala
besar, namun bagi insan istimewa seperti Mohd. Khairi, ia cukup bermakna dalam
membantu kehidupannya sekeluarga.
Rutinnya, Mohd. Khairi akan berkerusi roda dari rumahnya sebelum menuruni anak
tangga ke sangkar ikan menggunakan kedua-dua lengan dan pehanya. Beliau kemudian memberi makan ikan dengan mengepit bekas berisi makanan ikan
(palet), malah kadangkala mengangkat sendiri guni berisi makanan itu ke setiap
sangkar ikan. Beliau juga terpaksa membersih kawasan sangkar daripada sampah sarap yang
hanyut ke kawasan sangkar bagi mengelak ikan ternakannya mati. Aktiviti itu dilakukannya setiap pagi dan petang. Dengan keadaan fizikal macam ini, memang banyak cabaran perlu ditempuhi tetapi beliau sudah biasa sejak kecil. Bagaimanapun, menurut Mohd Khairi, pada setiap pusingan hasil, beliau akan
dibantu beberapa saudara dan rakannya untuk mengeluarkan ternakan ikan
berkenaan untuk jualan.
Seorang lagi pemuda OKU, Mohamed Mahidin, 38, dari Kampung Kiambang, Ganchong
di sini juga tidak menjadikan kecacatan sebagai halangan untuk menjadi
penternak ikan sangkar yang berjaya. Bekas pemenang pingat perak acara lompat tinggi pada kejohanan Sukan Paralimpik
Asia 1998 di Bangkok, Thailand, itu kini berjaya mengusahakan 18 sangkar ikan
talapia dan patin. Beliau yang mengalami kecacatan di kaki kanan, berkata, penglibatannya dalam
bidang akuakultur sejak enam tahun lepas membawa pulangan antara RM1,000 dan
RM1,500 sebulan. Katanya, hasil ternakan tersebut mendapat permintaan tinggi daripada pengguna
terutama di pasar besar Kuantan.
Ditanya kesukaran yang dihadapinya bagi menjayakan projek itu, Mohamed berkata,
beliau akan sedaya upaya berusaha mengatasi segala masalah. Lagipun saya memang dibesarkan di kawasan kampung, sudah biasa bermain
sungai," katanya. Namun, katanya, cabaran yang paling besar ialah setiap kali musim banjir yang
memaksanya memberhentikan sementara aktiviti penternakan ikan. Kedua-dua pemuda berkenaan seperti usahawan lain, juga menyimpan hasrat
memajukan perniagaan masing-masing. Dengan kerahan keringat bagi menjayakan perusahaan sangkar ikan tersebut, usaha
Mohd. Khairi dan Mohamed telah mendapat perhatian Jabatan Perikanan .
Pada 23 Oktober lepas, kedua-dua pemuda berkenaan telah menerima bantuan
menerusi Skim Perkhidmatan Sokongan Akuakultur (SPeKs) yang disampaikan sendiri
oleh Pengarah Bahagian Pembangunan Akuakultur Jabatan Perikanan, Ismail Abu
Hassan. Skim berkenaan bertujuan meringankan beban kewangan serta meningkatkan
pendapatan pengusaha akuakultur melalui penyediaan infrastruktur dan kemudahan
sokongan. Bagi Mohd. Khairi bantuan tersebut akan dapat mempertingkatkan pengeluaran
hasil ternakannya pada masa akan datang. Penambahan sangkar ikan memerlukan modal yang besar dan bantuan ini pasti
membantu," katanya.
Bagi Mohamed, beliau bercadang mengembangkan aktiviti ternakan ikan sangkarnya
kepada industri hiliran dengan menghasilkan produk sejuk beku, pekasam dan
keropok. Katanya, melalui pemerhatian yang dilakukannya, kesemua produk berkenaan kini
semakin diminati dan mendapat permintaan yang baik di pasaran seluruh negara. Sudah pasti lebih gundah-gulana apabila
memikirkan masa depan dan kepayahan yang akan ditempuhi permata hati mereka
pada hari-hari mendatang.
Salam. Bagaimana saya nak hubungi sdr mohd Khairi. Ada no talipon tak?
ReplyDelete